Keusahawanan merupakan aktiviti yang membuat inovasi atau perubahan kewangan
dan perniagaan dalam usaha mengubah dan menghasilkan sesuatu inovasi terhadap
barangan mahupun perkhidmatan dalam sesuatu ekonomi. Menurut Histrich dan Peter
(1998) , keusahawanan merupakan proses dinamik untuk mencipta kekayaan.
Manakala usahawan pula merupakan tenaga atau kualiti
manusia yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mewujudkan usaha-usaha atau
kerja-kerja yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang ada seperti tanah,
modal dan buruh serta berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara. Antaranya,
seseorang usahawan itu berupaya dalam mencari peluang pekerjaan, mengusahakan
perniagaan yang membawa manfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat,
menghasilkan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan ramai, sentiasa
bersedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan akhir
sekali sanggup menanggung risiko yang bakal dihadapi.
Tambahan lagi, umat Islam digalakkan menceburi bidang
perniagaan dan mencari rezeki yang halal. Umat Islam merupakan golongan terawal
dan yang paling lama dalam sejarah tamadun manusia dalam membuat perniagaan
hasil dorongan dan galakan dari agama Islam itu sendiri. Penciptaan
produk-produk atau perkhidmatan melalui proses kreativiti dan inovasi dapat
memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Produk-produk dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti yang dihasilkan dapat memaksimakan
penggunaan sumber-sumber yang ada tanpa berlakunya pembaziran sumber. Oleh itu,
masyarakat dapat menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang
ditawarkan dengan harga yang lebih murah.
No comments:
Post a Comment