Sunday, 25 October 2015

MENGAMBIL RISIKO SECARA TERBUKA (TAN SRI MUSTAPHA KAMAL BIN ABU BAKAR)


Tan Sri Mustapha Kamal Bin Abu Bakar, seorang graduan dari Universiti Malaya telah memulakan kerjayanya pada tahun 1970 dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor dan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian, beliau beralih ke dalam sektor swasta dan beliau telah dilantik menjadi Pengarah Urususan Shah Alam Properties Sdn. Bhd. Pada peringkat kerjaya inilah beliau telah mengumpul segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran beliau dan kemudian berani dan mengambil risiko untuk memulakan perniagaaannya sendiri dalam bidang pembangunan hartanah. Tan Sri Mustapha Kamal Bin Abu Bakar mula menubuhkan syarikatnya, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1987 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992. Pada asalnya,  syarikat ini dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang membuat dan menjual biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenarainnya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhirnya nama syarikat tersebut ditukar kepa MK Land Holdings Berhad. Tan Sri Mustapha Kamal berani mengambil risiko secara terbuka dengan menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd., Markin Corporatin Sdn. Bhd. dan Fairway Review Sdn. Bhd. dengan harga RM 6,379,674. Beliau ingin menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan  hartanah dan pelaburan. Beliau berjaya menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi syarikat beliau. Beliau amat dikenali dengan tindakan beliau yang berani dengan mencipta inovasi dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MK Land. Beliau berjaya membawa status MK Land sebagai syarikat hartanah yang berjaya membangunkan kawasan-kawasan terpencil menjadi kawasan elit yang canggih dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana dan Cyberjaya. Selain itu, MK Land juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown Resort dan Langkawi Lagoon. Beliau telah berjaya meletakkan namanya di dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia dengan membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.

No comments:

Post a Comment