Friday 30 October 2015

PENGENALAN

Keusahawanan merupakan aktiviti yang membuat inovasi atau perubahan kewangan dan perniagaan dalam usaha mengubah dan menghasilkan sesuatu inovasi terhadap barangan mahupun perkhidmatan dalam sesuatu ekonomi. Menurut Histrich dan Peter (1998) , keusahawanan merupakan proses dinamik untuk mencipta kekayaan.
Manakala usahawan pula merupakan tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mewujudkan usaha-usaha atau kerja-kerja yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang ada seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara. Antaranya, seseorang usahawan itu berupaya dalam mencari peluang pekerjaan, mengusahakan perniagaan yang membawa manfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat, menghasilkan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan ramai, sentiasa bersedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan akhir sekali sanggup menanggung risiko yang bakal dihadapi.

Tambahan lagi, umat Islam digalakkan menceburi bidang perniagaan dan mencari rezeki yang halal. Umat Islam merupakan golongan terawal dan yang paling lama dalam sejarah tamadun manusia dalam membuat perniagaan hasil dorongan dan galakan dari agama Islam itu sendiri. Penciptaan produk-produk atau perkhidmatan melalui proses kreativiti dan inovasi dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti yang dihasilkan dapat memaksimakan penggunaan sumber-sumber yang ada tanpa berlakunya pembaziran sumber. Oleh itu, masyarakat dapat menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

TAJAM DAYA PEMIKIRAN (DATUK LOH BOON SIEW)


Salah seorang tokoh yang mempunyai tajam daya pemikiran adalah Datuk Loh Boon Siew. Datuk Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang memperkenalkan kenderaan bermotor di Malaysia berjenama Honda yang tidak pernah terdapat di Malaysia pada waktu tersebut. Beliau berasal dari sebuah kampung iaitu Kampung Hui yang terletak di daerah Fukian yang merupakan sebuah wilayah di China yang dianggap sebagai wilayah paling miskin suatu ketika dahulu. Datuk Loh berasal dari sebuah keluarga yang sangat susah sehingga menyebabkan beliau tidak berpeluang untuk pergi ke sekolah. Oleh itu, sejak kecil lagi beliau telah bekerja sebagai pengutip najis yang digunakan untuk baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual yang dapat digunakan sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Beliau bersama-sama ayahnya telah berhijrah ke Pulau Pinang ketika umur beliau 12 tahun dengan bekerja di sebuah kedai mekanik dan membasuh bas pada sebelah malamnya semata-mata untuk memperolehi pendapatan lebih supaya mereka dapat menghantar duit kepada keluarganya yang berada di China. Bagaimanapun, beliau lebih tertarik untuk berniaga sendiri ketika beliau berumur 18 tahun. Beliau sudah mula memikirkan cara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan peluang tersebut. Hasil daripada wang yang disimpan, beliau membeli beberapa peralatan mekanik dan 8 buah bas yang dijadikan sebagai bas penumpang yang akhirnya mendatangkan hasil lumayan kepada beliau. Beliau berjaya mempunyai 40 buah bas dalam masa 7 tahun dan membuka lagi sebuah kedai iaitu kedai bateri dan barang ganti kenderaan. Datuk Loh Boon Siew mengembangkan lagi perniagaannya dengan menjual kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Pada tahun 1958, ketika beliau sedang makan angin di sebuah negara iaitu Jepun, beliau ternampak sebuah motosikal berjenama Honda dan berfikir bahawa motosikal tersebut masih belum pernah digunakan di Malaysia ketika  itu. Oleh itu beliau berusaha memesan 12 unit motosikal tersebut dan dijual kepada kawan rapatnya. Bagaimanapun, orang ramai menganggap motosikal tersebut tidak berguna dan cepat rosak. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadikan motosikal tersebut sebagai kenderaan yang diminati ramai. Kini, beliau berjaya menjadikan kenderaan jenama Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar yang dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.

BERWAWASAN (TAN SRI LIM GOH TONG)


                 Berwawasan adalah salah satu ciri-ciri penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seorang usahawan yang mempunyai visi yang akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan pertimbangan faktor-faktor luaran seperti cabaran, ancaman dan peluang yang mereka akan hadapi ketika melakukan perniagaan. Visi ataupun wawasan adalah kunci bagi seorang usahawan menyusun atur rancangan jangka pendek mahupun jangka panjang untuk mencapai matlamat dan objektif mereka. (Mahmood et al ,. 2010). Tan Sri Lim Goh Tong adalah contoh yang sesuai untuk menggambarkan seorang usahawan berwawasan. Apabila menyebut nama usahawan ini, kebanyakan rakyat Malaysia akan mengenalinya beliau, ianya sinonim dengan pembinaan resort di bukitnya, yang juga dikenali sebagai Genting Highlands Resort. Seperti yang kita semua tahu, Tan Sri Lim Goh Tong digelar raja kasino Malaysia, yang menjadikan puncak bukit yang asalnya sebuah hutan kepada salah satu resort kasino yang paling berjaya di dunia. Tan Sri Lim Goh Tong mendapat ilham untuk membina sebuah resort dia atas bukit ketika beliau menghirup udara segar di Cameron Highlands pada tahun 1964 ("History", nd, para. 2).  Idea Tan Sri Lim Goh Tong telah diinspirasikan oleh Cameron Highlands di mana idea ini adalah untuk menyediakan rakyat dengan suasana yang menyeronokkan, santai dan angin sejuk yang menenangkan di tanah tinggi. Berfikir di luar kotak, berwawasan jauh untuk menjadikan sesuatu menjadi realiti pada masa akan datang dan membuat pembaharuan daripada idea yang sedia ada untuk menjadikannya lebih baik adalah faktor kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong. Ini adalah ciri-ciri seorang usahawan yang perlu digunakan pakai oleh usahawan dalam bidang perniagaan. Tan Sri Lim Goh Tong, seorang pendatang Cina yang tidak mempunyai apa-apa ketika beliau tiba di Malaysia pada umur remaja beliau, menjadi contoh bagi komuniti perniagaan di negara ini, kata Dr Mahathir Mohamad, bekas pemimpin Malaysia. "Kalau ada lebih ramai usahawan seperti beliau, Malaysia akan mencapai lebih dalam pembangunan ekonominya," kata Dr Mahathir (seperti yang dipetik dalam France-Presse, 2007). Ciri-ciri yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang usahawan berwawasan. Seperti yang kita dapat lihat, beliau tidak mempunyai apa-apa pada awal dan berusaha mengubah wawasan beliau yang dianggap mustahil oleh orang ramai menjadi kenyataan dengan membangunkan Genting Highlands. Tan Sri Lim Goh Tong ada menyebut bahawa projek Genting bersesuaian dengan idea perniagaan ideal beliau. Beliau juga menyebut bahawa tidak ada orang yang berminat di dengan projek itu dari awal, yang bermakna beliau tidak akan ada persaingan (Goh Tong a good role model, 2007). Ia menunjukkan bahawa Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai visi dan mengambil peluang perniagaan untuk membina sebuah resort kasino di puncak bukit  sedangkan orang lain melihat ia sebagai idea yang tidak relevan. Wawasan dengan penyelidikan yang betul dan strategi perniagaan yang dirancang rapi akan mengubah sesuatu idea menjadi realiti. Ini adalah apa yang Tan Sri Lim Goh Tong lakukan untuk menjayakan wawasan beliau. Selepas melakukan penyelidikan dan kajian peta-peta di Kuala Lumpur, Tan Sri Lim Goh Tong telah mengenal pasti sebuah kawasan yang sangat ideal,  iaitu Gunung Ulu Kali dengan ketinggian 1800 meter, hanya 58 km dari Kuala Lumpur ("History", nd, para. 3). Ini adalah langkah yang semua usahawan perlu mengambil dalam usaha untuk berjaya dalam perniagaan. Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa Tan Sri Lim Goh Tong adalah seorang usahawan berwawasan yang menukar sesuatu yang mustahil di mata orang lain tetapi menjadi kenyataan di tangannya. Kami belajar bahawa berwawasan merupakan satu ciri penting untuk menjadi usahawan yang berjaya. Wawasan adalah sasaran dan objektif yang hendak dicapai usahwan. Dengan wawasan yang jelas, usahawan boleh merancang atau melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mencapai wawasan. Hampir 50 tahun kemudian, Genting Highlands terus membangun dan berkembang melebihi idea asalnya iaitu sebuah hotel dengan kemudahan pelancongan asas. Satu wawasan untuk membuka hotel tunggal pada tahun 1971 telah diperluaskan kepada beberapa kemudahan tambahan seperti kasino, beberapa buah hotel, sebuah taman tema, kereta kabel, padang golf dan pusat konvensyen ("Lim Goh Tong", nd).

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (DATO’ ALIFF SYUKRI)



Dato’ Aliff Syukri bin Kamrzaman merupakan jutawan muda yang merupakan anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi. Beliau menggunakan tagline “Terlajak Laris” yang saban hari semakin popular di semua peringkat umur tidak kira tua mahu pon yang masih bersekolah rendah. Beliau membuka perniagaan D’Herd yang menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Beliau mengambil cabaran dengan melopori perniagaan yang didominasi oleh wanita dan mengakui banyak cabaran dalam menjalankan perniagaan ini. Berhadapan dengan masalah modal bukanlah satu masalah kepada beliau kerana dengan azam dan tekadnya untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik untuk menambah pendapatan untuk keluarganya yang bergelar suami dan bapa pada usia yang muda menjadikan beliau berani mengambil risiko dengan melakukan pelbagai pekerjaan sendirian termasuklah menjadi pemandu dan ejen pemasaran kerana tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengambil pekerja. Beliau tidak malu menjual dan mempromosikan produknya di pasar malam kerana beliau percaya produknya merupakan produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Kegagalan adalah satu pilihan namun, beliau banyak belajar dari pengalaman hidupnya yang lalu. Kehidupan masa lalu yang amat susah, yang hanya berbelanja 20sen di sekolah walhal rakan lain beliau berbelanja sebanyak 50sen menjadikan beliau tekad untuk mencari wang saku lebih dengan menjual jeruk sejak di bangku sekolah. Semangatnya yang jitu membuatkan beliau meneruskan menjual kerongsang, tudung serta barangan kosmetik. Pada waktu tengah hari pula, beliau meneruskan perniagaannya dengan mengetuk pintu pejabat tanpa berasa segan walaupun sesetengah pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan. Beliau banyak belajar dari pengalaman hidupnya yang susah, keuntungan yang diterima itu akan dikumpul dan disimpan untuk menyewa sebuah kiosk. Beliau akan ke bengkel kecantikan dan kesihatan untuk menimba  ilmu. Beliau mencuba sesuatu yang baru dengan mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Walaupun beliau sedar risiko untuk muflis itu ada, kerana menggunakan semua simpanan yang ada untuk menghasilakn produk baru namun ini tidak mematahkan semangatnya untuk mengeluarkan produknya sendiri. 

BUDAYA TERBUKA (PUAN ROZITA IBRAHIM)


Puan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Ita merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri budaya terbuka. Puan Rozita merupakan seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar, Selangor tetapi dibesarkan di Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang wanita yang berasal dari sebuah keluarga yang sederhana hidupnya. Sebelum menceburkan diri dalam bidang usahawan, beliau terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang perit terutamanya apabila beliau menjadi ibu tunggal. Tragedi buruk berlaku ketika beliau terpaksa menyara anaknya yang berumur 3 bulan dengan menggantikan susu dengan air sirap kepada anaknya itu. Anak keduanya pula menghidapi penyakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya tetapi meninggal dunia akibat tidak mendapat rawatan dengan baik. Kisah usahawan ini bermula apabila beliau bertemu dengan pelbagai golongan warga asing yang mahir dalam perubatan di samping mampu membantu beliau meluaskan pengetahuan mengenai herba ketika beliau bekerja di sektor perladangan ketika itu. Hal ini kerana, beliau berpandangan bahawa herba-herba yang diamalkan oleh warga asing tersebut menyebabkan mereka kuat bekerja walapun dengan hanya mengalas perut. Pelbagai perniagaan yang dilakukan oleh Puan Rozita sehingga beliau berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM2000. Puan Rozita mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah hidupnya. Beliau mempelajari pelbagai pengalaman terutama dalam bidang perniagaan ketika beliau bekerja di Publishing Group. Bermula dari situ beliau membuat ubatan secara kecil-kecilan di rumah bagi mengumpul modal dan menambahkan pendapatan. Pada tahun 1997, beliau memulakan perniagaan dan menghasilkan satu produk yang berasaskan herba tradisional. Hal ini kerana, bagi Puan Rozita, kecantikan sebenar seorang wanita adalah kecantikan dalaman wanita tersebut. Disamping menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggannya, beliau juga sering menyalurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan kerana beliau sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh  mereka juga.

BERORIENTASIKAN HASIL (JIMMY CHOO)



Jimmy Choo seorang figura yang sangat dikenali  dengan rekaan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau sering mendapatkan ilham dan ispirasi rekaannya dari alam sekitar dan semula jadi. Jimmy choo dilahirkan pada tahun 1961 di pulau pinang, Malaysia. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai taktik pembuatan kasut daripada ayahnya sendiri iaitu seorang usahawan yang menjalankan perniagaan membuat kasut dan merupakan seorang tukang kasut sepenuh masa. Kasut pertama yang dihasilkan oleh Jimmy Choo sendiri adalah ketika beliau berumur 11 tahun. Kemudiannya beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun yang pertama, bapanya menanggung yuran pengajiannya, tetapi untuk 3 tahun seterusnya, segala yuran ditanggung sendiri olehnya dengan cara beliau melakukan kerja sambilan sebagai pencuci di restoran dan juga kilang kasut demi membiayai pengajiannya. Selepas empat tahun bersusah payah menghabiskan pengajiannya, beliau membuka kedai sendiri namun malangnya prestasi jualan kasutnya amat menyedihkan. Lama kelamaan, rekaannya mula diperkenalkan di UK apabila mendapat liputan di majalah Vogue yang dikenali sebagai majalah fesyen. Akan tetapi nasib masih belum menyebelahi figura ini apabila jualannya masih lagi merosot walaupun mendapat liputan media. Namun cepat mengalah dan putus asa bukan caranya untuk berjaya.  Pada 1990, segala usaha beliau berhasil apabila akhirnya mendiang Puteri Diana berkenan dengan salah satu rekaan kasut beliau. Semenjak dari itu, mendiang sering membeli rekaan kasut Jimmy Choo lantas melonjakkan nama pereka hebat ini ke persada antarabangsa. Bermulanya syarikat pertama yang diasaskan  figura ini  Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, iaitu seorang editor Britis Vogue pada tahun 1996 . April 2001 pula, bagi menumpukan kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang baru dihasilkan melalui lesen daripada Jimmy Choo Ltd , Choo telah menjual pegangan 50% dalam syarikatnya dengan harga sebnyak £ 10 juta. Hasilnya kini, jenama kasut Jimmy Choo telah dikenali ramai sehingga menjadi kegilaan oleh artis mahupun selebriti Hollywood di serata dunia. Bukan itu sahaja, malah sepasang kasut wanita rekaannya mampu mencecah beribu-ribu US dollar. Tidah hairanlah apabila rekaan kasutnya ini dikaitkan dengan gaya, ketulenan dan kemewahan. 

BERORIENTASIKAN PASUKAN (TONY FERNANDES)




Kisah Tony Fernandes ini amat berkait rapat dengan ciri usahawan berorientasikan pasukan ini. Beliau merupakan seorang tokoh yang amat disegani kerana beliau berjaya mencetuskan perlbagai revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia. Sebenarnya sebelum menjadi ahali korporat Berjaya. Beliau pada awalnya merupakan seorang ahli muzik yang mahir bermain keyboard. ‘“Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin dijalankan.” Itu lah apa yang diperkatakan oleh beliau sewaktu menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri penerbangan. Idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan  ketika Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu menonton televisyen di London. Kerana terlalu tertarik ahirnya beliau membuat keputusan untuk perkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia kemudian mengembangkan konsep itu di rantau Asia. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk menjadi usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada Datuk Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia. Setelah bersetuju, mereka turut menjemput  seorang lagi rakan baik mereka Aziz Bakar untuk menyertainya. Bagi mendapatkan lesen penerbangan, mereka meminta bantuan Datuk Pahamin Ab. Rajab yang kemudiannya mengatur temu janji bagi pihak mereka dan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Oleh kerana mereka dimaklumkan agar hanya mengambil alih mana-mana syarikat lain kerana lesen tidak lagi akan dikeluarkan, Fernandes dan rakan kongsi lain termasuklah Pahamin bersetuju untuk mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah. Walaupun mereka terpaksa hadapi pelbagai rintangan, namun sikap bekerjasama dan tanpa kenal rasa putus asa, mereka bersama membuktikan syarikat Malaysia juga mampu bersaing di pentas global dan mengubah landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu, ‘Now Everyone Can Fly’. Fernandes turut berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan. Katanya lagi, “kami di AirAsia memang suka berkawan dan kami melantik kawan-kawan daripada pelbagai latar belakang dan keturunan untuk menjadi rakan kongsi kami. Ternyata formula ini telah membuahkan kejayaan kepada AirAsia”.  

PROAKTIF (VIVY YUSOF)


Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof yang merupakan Pengarah Urusan FashionValet.net pada usia yang sangat muda iaitu pada umur 25 tahun. Walaupun beliau menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom namun beliau tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya. Pada mulanya beliau ingin menjadi ahli perniagaan dan berimpian untuk membuka syarikat beraasakan hartanah namun, akibat obses terhadap dunia fesyen dan terdedah pengalaman membeli belah selama lima tahun sepanjang menuntut ilmu di London beliau berhasrat untuk membuka perniagaan fesyen yang diberi nama FashionValet.net iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan melalui talian. Beliau berasa teruja melihat penduduk di London yang begitu menghargai kerja pereka tempatan dan perkembangan fesyen disana menjadikan itu sebagai motivasi untuk membuka sebuah perniagaan fesyen melalui web. Namun begitu, beliau meletakkan batasan dengan menjual pakaian yang tidak keterlaluan dan sopan. Beliau bersikap selektif dalam memilih rekaan yang akan menyertai FashianValet.net ini kerana beliau hanya akan memilih rekaan yang relevan untuk dipakai, sederhana, sopan, tidak keterlaluan dan memastikan kualiti barangan tersebut dan cantik untuk digayakan. Beliau gemar dan sanggup mengikat perut hanya untuk membeli-belah menerusi dalam talian mengambil cabaran dengan membuka perniaagan selepas tamat pengajiannya melalui web di Malaysia kerana waktu ketika itu beliau menyedari perkembangan teknologi di Malaysia semakin pesat. Ditambah pula kesibukan setiap hari tugasan di pejabat membantu menguruskan pernigaan bapanya menyebabkan beliau tiada masa ke pusat membeli-belah dan disebabkan kesesakan trafik di Kuala Lumpur, beliau mengambil langkah proaktif dengan memikirkan betapa beliau perlu membuat sesuatu untuk memudahkan pembelian barangan dengan cara lebih cepat dan menyenangkan dengan sahabat baiknya, Fadzarudin Anuar. Beliau juga mengambil langkah proaktif dengan mengamalkan sikap berjimat cermat dalam berbelanja dan membuat simpanan demi persiapan untuk membesarkan perniagaannya satu hari nanti dan menjadikan ayahnya sebagai contoh dan rujukan sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.

TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR


Tan Sri Mokhzani merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir Mohamad. Beliau lahir pada Januari 1961 dan kini beliau berusia 54 tahun yang memiliki perniagaan gas dan minyak. Nilai kekayaan beliau sekarang mencapai US$1.2 billion pada tahun 2014 dan sekarang pada tahun 2015 sudah semestinya nilai kekayaan tersebut melebihi jumlah terdahulu. Beliau yang sudah mendirikan rumah tangga dikurniakn dengan lima orang anak. Setiap usahawan yang inginkan kejayaan dalam sesuatu  perkara, beliau perlulah memiliki beberapa ciri yang dapat membantu dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Setiap usahawan hanya mengimpikan kejayaan dalam perniagaannya yang berterusan di samping memperolehi keuntungan hasil daripada perniagaan nya. Terdapat pelbagai ciri-ciri dan sifat-sifat positif yang dapat membantu usahawan sepanjang menjalankan perniagaan. Bagi individu yang mempunyai keinginan untuk bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya tetapi masih tidak bersedia dan tiada cirri-ciri mahupun sifat-sifat seorang usahawan maka individu tersebut bakal berdepan dengan kegagalan. Untuk menjadi seorang usahawaan yang berjaya, seseorang individu itu hendaklah berdisiplin dengan tidak mengambil mudah dengan apa yang dilakukan untuk mencapai kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Antara sifat-sifat yang mesti dimilik oleh seseorang individu yang ingin bergelar sebagai seorang usahawan yang berjaya adalah  proaktif. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah tentunya akan mendatang manfaat pada perniagaan nya. Proaktif disini membawa maksud seseorang itu bertindak aktif dalam menghadapi persaingan kerana persaingan merupakan adat di dalam satu perniagaan. Selain itu, proaktif juga membawa maksud seseorang itu sangat memandang berat akan tanggungjawab yang dipikul dan focus dalam melakukan sesuatu perkara. Sifat ini dapat di lihat di dalam dalam  diri Tan Sri Mokhzani yang member komitmen sepenuhnya dalam perniagaan petroleumnya. Atas komitmen yang diberikan menjadikan beliau lama-kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian perniagaannya. Beliau telah dilantik sebagai Alli Lembaga Pengarah Sapura Kencana Petroleum . Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum. Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operassi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad, bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi . Pada tahun 1989, beliau  meletakkan jawatan untuk menceburi dalam perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.
Sifat yang seterusnya yang dimiliki oleh Tan Sri Mokhzani ialah berwawasan. Seseorang yang berwawasan itu lahir apabila seseorang itu mementingkan disiplin diri dan pencapaian akademik yang baik.  Selain itu, seseorang yang berwawasan mempunya hala tuju dan matlamat yang jelas tentang apa yang akan dilakukan kelak. Akibat minat yang mendalam dalam bidang petroleum, Tan Sri Mokhzani menyambung pelajarannya dalam bidang ini dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of  Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Matlamatnya dari kecil yang minat terhadap bidang petroleum menyebabkan beliau menceburkan diri dengan memulakan kariernya setelah tamat belajar. Pengalaman serta ilmu yang ditimba sebelum ini digunakan sepenuhnya dan beliau telah menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniada dalam bidang Oil and Gas service provider, IT, automotif dan hartanah. Beliau banyak belajar dari syarikat yang berada dialiran yang sama untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Syarikatnya bertambah maju, matlamat beliau yang ingin mengembangkan lagi perniagannya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuat penyelidikan yang lebih mendalam dalam bidang yang diceburinya ini.
Tambahan lagi, ciri keusahawanan lain adalah berorientasikan hasil. Setiap usahawan yang berjaya sememangnya memiliki matlamat yang tinggi dan memperoleh kejayaan yang besar dalam perniagaan. Tan Sri Mokhzani Mahathir telah memulakan kariernya dalam bidang petroleum kerana sejak dari kecil beliau amat meminati bidang petroleum. Beliau memperoleh pengalaman sepanjang kariernya dalam bidang petroleum telah memberikannya inspirasi untuk menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas Service Provider, IT, automotif dan hartanah. Beliau mempunyai sifat ingin tahu telah membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyelidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya dan hal ini telah menyebabkan syarikat beliau menjadi bertambah maju. Antara langkah yang diambil oleh beliau untuk memajukan lagi syarikatnya ialah beliau banyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah memberikan kata putus bahawa syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya. Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat Sapura Crest pada tahun 2012 dan menghasilkan Sapura Kencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider  yang terbesar di Malaysia. Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan telah berjaya menaikkan statusnya dalam perkongsian ini. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sapura Kencana Petroleum dan juga beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum. Ini menunjukkan yang beliau mempunyai ciri tokoh usahawan yang berorientasikan hasil iaitu di mana beliau telah memperoleh kejayaan yang besar dalam bidang perniagaan.
Kesimpulannya, untuk mencipta nama sebagai seorang usahawan yang berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap tersebut. Sifat berorientasikan hasil di mana kejayaan yang diperolehi pada masa sekarang adalah kerana usaha yang hebat telah dilakukan pada masa dahulu. Sebagai contoh, Tan Sri Mokhzani ingin  mempelajari sesuatu yang baru, beliau telah berusaha dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi. Tan Sri Mokhzani berpegang teguh dengan kata kata semangat iaitu ‘jika anda malas mengambil tahu, maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.  Tan Sri Mokhzani seharusnya menjadi individu yang  perlu dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
            Seterusnya, ciri keusahawanan lain adalah rangkaian yang juga turut dimiliki oleh beliau. Rangkaiaan adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejaayan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian.

Kencana Petroleum yang diusahakan Tan Sri Mokhzani telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi industri petroleum domestik. Hal ini kerana, selain daripada kebijaksanaan Tan Sri menguruskan syarikat ini, beliau juga telah membina lingkaran rangkaian perniagaan yang baik. Kecemerlangan Kencana Petroleum untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kejuruteraan dan fabrikasi petroleum telah menarik banyak syarikat asing untuk menjaalinkan kerjasama yang berterus dengan mereka. Kencana Petroleum menawarkan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan binaan dalam industry petroleum, kepakaran dalam hal-hal yang melibatkan reka bentuk platform cari gali dan perkhidmatan logistic yang melibatkan tapak fabrikasi di darat dengan platform cari gali di lautan.
Anak syarikat Kencana Petroleum, iaitu Kencana Petroleum Ventures Sdn. Bhd. telah meluaskan operasinya melalui perjanjian sefahaman dengan Mermaid Drilling (Singapura) Pte. Ltd daalam bidang penggerudian. Kencana Petroleum menguasai 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama tersebut, sekaligus membuktikan pengiktirafan tidak langsung syarikat asing terhadap kemampuan sebenar Kencana Petroleum dalam industri petroleum.
Selain itu, Kencana Petroleum juga telah meluaskan operasi perniagannya ke luar negara termasuk di Sudan, India, New Zealand, Australia dan Thailand. Di sini dapatlah dirumuskan bahawa Tan Sri Mokhzani bukan sahaja bijak menguruskan perniagaan syarikat nya maalah beliau juga telah berjaya meluaskan rangkaian perniagaan syarikat nya bukan sahaja di peringkat domestic malah telah berkembang di luar negara
Akhir sekali adalah memperlihatkan ciri usahawan kegagalan adalah satu pilihan yang dimiliki oleh beliau. Sebagai seorang tokoh usahawan yang berjaya, Tan Sri Mokhzani Bin Tun Mahatir, tidak akan dapat lari daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi seorang usahawan yang bermotivasi dan berfikiran terbuka, beliau akan menganggap kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu cabaran untuk terus berjaaya dan maju dalam bidang perniagaan yang telah diceburi. Kegagalan ini dikatakan sebgai satu risiko yang akan dihadapi oleh beliau untuk berjaya seperti hari ini. Sebagai contoh, Tan Sri Mokhzani sendiri pernah melalui masa-masa sukar dan jatuh bangun semasa beliau menjalankan perniagaan beliau.

Beliau menerima kegagalan sebagai satu perkara yang positif di mana beliau menganggap kegagalan adalah untuk beliau belajar dari kesilapan dan memperbaharui idea-idea dalam memajukan perniagaan beliau. Tan Sri Mokhzani selaku Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, pernah mengalami situasi yang memerlukan beliau bertindak bijak dalam mengatasinya. Beliau pernah mengalami naik turun dalam dunia korporat sebelum menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001. Beliau gagal dalam mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus dalam Pantai Holdings semasa berlakunya krisis kewangan pada tahun 1997. Namun, ianya tidak pernah melenyapkan beliau dalam arus dunia korporat tempatan. Dalam keadaan krisis kewangan yang semakin meruncing itu, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dengan alasan untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaannya yang terjejas akibat krisis kewangan tersebut.

Namun selepas krisis dan keadaan ini berlaku, beliau kemudian bernasib baik kerana telah menemui Chong Hin Loon, pengasas Kencana Petroleum dan sekrang ini merupakan penasihat dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum. Pada ketika itu, Chong Hin Loon sedang berusaha mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera. Pertemuan Chong Hin Loon dengan Tan Sri Mokhzani yang sememangnya arif dalam hal ehwal kejuruteraan pertroleum benar-benar membawa tuah kepada Kencana Petroleum. Sejak Tan Sri Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001, syarikat tersebut semakin berkembang dan memenuhi aspirasi penubuhannya. Oleh itu, secara tidak langsung kelima-lima ciri keusahawan ini membuktikan Tan Sri Mokhzani adalah salah seorang tokoh usahawan yang berjaya dan cemerlang.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan ciri-ciri keusahawanan seperti yang telah kami huraikan iaitu rangkaian, mengambil risiko secara terbuka, tajam daya pemikiran, berwawasan, kegagalan adalah satu pilihan, budaya terbuka, berorientasikan hasil, berorientasikan pasukan, dan proaktif, jelas menunjukkan bahawa untuk menjadi usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri tersebut agar dapat membezakan antara peniaga biasa dengan usahawan yang berjaya. Kegagalan bagi seseorang usahawan ketika memulakan sesuatu langkah yang baru adalah perkara biasa bagi mereka kerana kegagalan yang dihadapi bukanlah kegagalan untuk selama-lamanya tetapi sebaliknya ia merupakan satu kegagalan yang membawa mereka ke arah yang lebih baik dan lebih berjaya berbanding orang lain. Usahawan-usahawan ini bukan sahaja mengusahakan sesuatu untuk memperoleh keuntungan bagi diri mereka semata-mata, tetapi mereka juga telah memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam menjana ekonomi dan mengukuhkan industri negara ini.

Di samping mencipta perniagaan baru, mereka juga telah memberi kebajikan sosial kepada masyarakat seperti memberi bantuan, membuka peluang pekerjaan dan banyak lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah negara itu tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing. Dapatlah juga dinyatakan di sini bahawa setiap individu mampu dan berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan memandangkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat pada seseorang usahawan itu bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang menjadikan mereka begitu perkasa di persada dunia. 

Sunday 25 October 2015

MENGAMBIL RISIKO SECARA TERBUKA (TAN SRI MUSTAPHA KAMAL BIN ABU BAKAR)


Tan Sri Mustapha Kamal Bin Abu Bakar, seorang graduan dari Universiti Malaya telah memulakan kerjayanya pada tahun 1970 dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor dan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian, beliau beralih ke dalam sektor swasta dan beliau telah dilantik menjadi Pengarah Urususan Shah Alam Properties Sdn. Bhd. Pada peringkat kerjaya inilah beliau telah mengumpul segala pengalaman, pengetahuan dan kemahiran beliau dan kemudian berani dan mengambil risiko untuk memulakan perniagaaannya sendiri dalam bidang pembangunan hartanah. Tan Sri Mustapha Kamal Bin Abu Bakar mula menubuhkan syarikatnya, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1987 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992. Pada asalnya,  syarikat ini dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang membuat dan menjual biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenarainnya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhirnya nama syarikat tersebut ditukar kepa MK Land Holdings Berhad. Tan Sri Mustapha Kamal berani mengambil risiko secara terbuka dengan menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd., Markin Corporatin Sdn. Bhd. dan Fairway Review Sdn. Bhd. dengan harga RM 6,379,674. Beliau ingin menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan  hartanah dan pelaburan. Beliau berjaya menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi syarikat beliau. Beliau amat dikenali dengan tindakan beliau yang berani dengan mencipta inovasi dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yang moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MK Land. Beliau berjaya membawa status MK Land sebagai syarikat hartanah yang berjaya membangunkan kawasan-kawasan terpencil menjadi kawasan elit yang canggih dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana dan Cyberjaya. Selain itu, MK Land juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown Resort dan Langkawi Lagoon. Beliau telah berjaya meletakkan namanya di dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia dengan membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.

RANGKAIAN (TAN SRI ROBERT HOCK NIEN)




Tan Sri Robert Kuok Hock Nien merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Baru. Beliau merupakan seorang usahawan yang berbangsa Cina dan sekarang sedang menetap di Hong Kong. Beliau merupakan orang terkaya di Malaysia. Beliau mempunyai pelbagai jenis perniagaan dan banyak melakukan pelaburan di banyak negara Asia. Antara perniagaan beliau merangkumi penanaman tebu di Perlis (Perlis Plantation Bhd.), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan, kewangan, hartanah, hotel, perdagangan dang pengangkutan serta penerbitan. Robert Kuok mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Keng Kang pada tahun 1949. Bapanya mengadakan hubungan yang baik dengan Sultan Johor sehingga mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan serta menjual barangan keperluan asas seperti beras, gula dan tepung dan juga membekalkan barangan tersebut kepada 5000 tahanan Perang jepun kepada Kerajaan British. Daripada pengalaman yang diperoleh, beliau telah mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor. Hal ini membolehkan beliau melebarkan rangkaian perniagaan yang dibina. Selepas merdeka, beliau mengasaskan Malaysia Sugar Manufacturing Company dan mengadakan hubungan rangkaian dengan Mitsui Bussan Kaisha Lt  dan Sugar Nissin Manufacturing. Syarikatnya mendapat pelbagai kemudahan serta memperoleh status monopoli daripada pihak kerajaan. Beliau juga telah membuka ladang tebu pertama negara iaitu Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Beliau telah membuka banyak kilang di Malaysia dan Indonesia bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap gula. Urusannya juga mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan beliau mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan. Dengan adanya hubungan rangkaian yang baik dengan kerajaan telah mendorong kerajaan untuk meminta bantuan daripada Robert Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Beliau juga terlibat dengan penubuhan Bank Bumiputera Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Beliau juga telah menubuhkan  Kerry Trading Company  dengan melangkah ke dalam bidang media serta hartanah. Syarikat beliau mempunyai rangkaian kira-kira 10 buah syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk south China Morning Post, dan juga akhbar berbahasa Inggeris. Beliau turut mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan . Beliau meluaskan rangkaian perniagaannya sehingga ke Hong Kong dan China yang meliputi pelbagai cabang perniagaan. Beliau merupakan orang yang pertama di Asia yang telah berjaya mewujudkan rangkaian hotel lima bintang iaitu Shangri-La Hotel. Kini, terdapat 72 buah hotel Shangri-La di seluruh dunia. Kesimpulannya, jelaslah Tan Sri Robert Kuok merupakan seorang yang bijak dalam memperkembangkan rangkaian perniagaannya mengikut peredaran masa. Beliau berjaya mengadakan hubungan yang baik dan menjalankan rangkaian perniagaan yang kukuh dengan usahawan – usahawan yang berjaya di Asia  seperti Lim Sioe Liong, Datuk Tan Chin Nam, Tan Sri Khoo Kay Peng , Run Run Shaw dan lain-lain. Beliau juga amat menitikberatkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan negara Asia. Ini membuktikan bahawa ciri rangkaian dalam perniagaan dapat memberikan banyak faedah kepada seseorang usahawan.